KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam tadi susulan warga kota pulang dari kampung halaman selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 10 malam, aliran trafik dari utara menuju ke Lembah Klang padat antaranya di Alor Setar Selatan ke Gurun, Sungai Petani Selatan ke Bertam, Seberang Jaya ke Perai, Juru ke Taiping, Simpang Pulai ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.
Beliau berkata bagi laluan dari arah selatan ke Lembah Klang, aliran trafik perlahan di Yong Peng ke Pagoh, Jasin ke Bemban, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson.
"Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2 trafik sesak di Kuala Dungun ke Kerteh dan Kawasan Rehat dan Rawat Paka ke Kuantan," katanya ketika dihubungi.
Aliran trafik turut dilaporkan sesak di Lebuhraya Pantai Timur 1 menuju ke Lembah Klang akibat pertambahan kenderaan di Lancang menuju ke Karak, Karak menuju ke Lentang dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Aliran trafik bergerak perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. - Foto BERNAMA
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Aliran trafik dari Pantai Timur ke Lembah Klang sesak, utara dan selatan terkawal
Aliran trafik di lebuh raya dari pantai timur menuju Lembah Klang masih sesak malam ini manakala trafik dari utara dan selatan semakin terkawal.
Aliran trafik dari utara dan Pantai Timur ke Lembah Klang sesak
Aliran trafik di lebuh raya dari utara dan Pantai Timur menuju ke Lembah Klang padat setakat petang ini.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Aliran trafik ke Lembah Klang sesak di semua lebuh raya utama
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam tadi susulan warga kota pulang dari kampung halaman.
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar
Bagaimanapun, LLM menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini lancar, dengan tiada sebarang kesesakan teruk dilaporkan berlaku.
Aidilfitri: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 4 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan menjelang perayaan Aidilfitri.
Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.
Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini.
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.